Alamiah Ilmiah Illahiyah

Selasa, 19 Juni 2012

SEJARAH HPA




Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Pengenalan

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.


Pengilangan

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala  
    Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi 
    Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani,
    Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok
    Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
    Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.



Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1, dibantu oleh
Pengarah Urusan 2 dan Pengurus Besar :-
1.  Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
2.  Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
3.  Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Faisol Abdul  
     Rahman
2.  Pengurus Besar R & D, Tuan ABDUL GHANI BIN HUSAIN
3.  Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah 
     Binti Abdul Rahim
4.  Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121


Produk Keluaran HPA
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

Keunggulan Perniagaan HPA
  1. 100% milik Bumiputra Muslim Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
  2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.
  3. Harga murah dan berpatutan Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
  4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
  5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
  6. Perubatan JAWI HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
  7. Kebajikan Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
  8. Plan Pemasaran Hebat Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.
  9. Latihan Keusahawanan Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA.
  10. Pengiklanan KOPI RADIX ® Di Media Massa HPA mengiklankan produknya seperti Kopi RADIX ® di TV3 dan Radio KEDAH.fm di frekuensi 97.5 fm atau layari radio streaming online www.kedahfm.gov.my setiap hari Khamis jam 2.30 petang.
  11. Koperasi Wahida Berhad HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

Cawangan & Stokis
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.
HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar